Aku Teringatkan Kau .
Aku tersenyum melihat ketampanan kau .
Aku masih berkelakuan biasa daripada kau yang luar biasa ketika menghebohkan tentang siapa sahaja bisa datang beraya ke rumah kau .
"Awak yang berjalan tu , jemputlah datang ke rumah ," jerit kau dalam volume tinggi . Aku masih berlakon tidak dengarkan announcement kau itu yang berdiri tegak di atas pentas perhimpunan . Kau masih tersenyum mengoda dari jelingan mata ku.
Aku akan kerap keluar kelas dan berjalan selamba di hadapan kelas milik kau . Aku masih terhendap-hendap mencari kelibat rambut berjuntai kau . Satu hari tidak melihat wajah kau semakin resah keadaan diri .
Aku masih berjalan dalam tapakan perlahan . " Nak ke mana ni ? Nak kita temankan ? " ucap kau sejurus aku menyamai pintu bilik darjah . Nasib baik jantung ini melekat dengan baik jikalau tidak mahu dia jatuh tergolek di bawah bersebelahan kasut sekolah ' North Star' kau itu .
"Takpee , kita nak balik kelas ." jawab ku sambil memandang ke arah lantai sekejapan . Lalu bebola mata aku tertacap dan meratah setiap inci wajah milik kau . Kacak . Aku menunduk lalu terus beredar pabila kau kembali membalas pandangan . Malu .
Kau menelefon ku malam itu . Kau mulai meluahkan segalanya padaku saat itu juga . Aku terharu . Aku terkedu . Aku teresak tangis kegembiraan . Jejaka aku 'admire' membuka langkah pertama . Aku sungguh gembira tatkala itu . Aku tidak memikir panjang lebar atau berpuluh kaili . Aku terima kau dengan hati terbuka .
Kau menyampaikan berita sedih dengan bahawa kau akan meninggalkan Kuala Lumpur . Ibu kau membawa kau ke Klang . Aku sedih kau pergi jauh . Kau mengajak berjumpa maaf aku menolak kerana aku masih tidak bersedia .
Aku heboh kepada teman comel aku masa itu . Di perhimpunan . Bersama Anis aku bisa ceritakan semua . Termasuk perihal diri kau . Anis bilang bahawa aku sangat bertuah kerana mendapat jejaka tampan dan reti 'Shuffle' seperti kau ketika itu . Pokoknya , kau perfect segalanya . Aku tersenyum bangga . Hati berbunga bunga.
Penggal akhir cuti sekolah kian bermula . Aku menelefon kau juga dengan hati berbunga bunga . Malah kerinduan menebal . Aku cuba menelefon telefon bombit kau . Jantung kian berdegup laju luarbiasa . Beberapa kali aku mecuba dail nombor telefon bimbit kau . Akhirnya kau pick up juga .
"Siapa ni ?"
"Girlfriend sendiri dah tak kenal ?"
"Girlfriend I banyak lah , ni yang mana satu ?" suara garau kau dalam corong telefon agak sinis . Kau membuat hati aku terus sakit . Kau hanya ketawa berdekah dekah kerana berjaya mengenakan perempuan annoying seperti aku . Perempuan bodoh seperti aku .
Ketawa kau membuatkan aku tidak tertahan . Gagang telefon segera aku letakkan . Hentakan kuat sama seperti hatiku masa itu . Terluka seperti kau tak tahu . Sungguh mesra layanan kau .
Aku tergantung tanpa bertali . Kau menghilangkan diri sehingga kini .
Whatever it is . I will keep you in my mind . I will miss you . Thank you for this lovable memories .